Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 

PIAGAM PELANGGAN ICU JPM

KOMITMEN : "ICU JPM AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG, BERKUALITI, DAN BERINTEGRITI MELALUI AMALAN URUS TADBIR YANG TERBAIK DENGAN BERKESAN BERASASKAN PIAGAM PELANGGAN SEPERTI BERIKUT:

 

PERKHIDMATAN TERAS UTAMA :

1. Memberi maklumbalas awal terhadap Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) kepada Kementerian dalam masa tiga (3) hari daripada tarikh permintaan.

2. Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi dalam tempoh tiga (3) hari daripada permohonan diterima.

3.Memberi maklumbalas awal terhadap permohonan khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal berkaitan dengan pengurusan Projek Pembangunan dalam masa tiga (3) hari selepas menerima permohonan.

4. Mengemukakan ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri ke Kementerian dalam masa 10 hari daripada tarikh penerimaan notis.

5. Memberi keputusan permohonan projek yang dikemukakan melalui eKhas dalam tempoh tiga (3) hari.

6. Menjana senarai profil Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin/Miskin Tegar daripada eKasih dalam masa dua (2) hari selepas perbincangan dan persetujuan dibuat ke atas jenis dan keperluan maklumat ditepati.

7. Memberi maklumbalas awal terhadap permohonan/pertanyaan berkaitan projek/program Bumiputera Sabah/Sarawak dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima.

8. Maklumbalas pertama daripada Call Centre BLESS dalam tempoh satu (1) hari.

 

PERKHIDMATAN SOKONGAN :

9. Memberi maklumbalas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam masa tiga (3) hari daripada tarikh pemohonan diterima.

10. Memberi maklumbalas pertama kepada pertanyaan/aduan sistem/rangkaian ICT yang diterima melalui Call Centre ICU JPM dalam masa satu (1) hari.

11.Memberi maklumbalas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.

 

PEMULIHAN PERKHIDMATAN :

Jika Atas Sebab-Sebab Tertentu ICU JPM Tidak Dapat Menunaikan Tanggungjawab Dalam Tempoh Yang Dijanjikan, Kami Akan Dengan Serta Merta Memberi Jaminan Kepada Pihak Pelanggan Untuk Melaksanakannya Dalam Masa Yang Dipersetujui.

 

Nota : Komitmen ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2016 hingga 31 Disember 2018 dan telah melalui proses semakan/gubalan semula pada 31 Mac 2016.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]