Background green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Font Colour Red  Blue  Green Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Font Size Down   Font Size Up    |   W3C Voice Support W3C Help sitemap
       Forgot Password
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

STATE DEVELOPMENT OFFICER'S MESSAGE

 

aluan

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang. Semoga kewujudan laman ini mampu menjadi penghubung antara jabatan ini dan rakyat dengan memanfaatkan teknologi ICT. Menerusi laman ini juga, kita berharap agar komunikasi dan maklumat yang disalur adalah lebih pantas, mudah dicapai dan seterusnya meningkatkan prestasi penyampaian maklumat kepada rakyat.

Komitmen kami adalah memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dan berkesan berasaskan piagam pelanggan kami.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya kegemilangan sesuatu organisasi menagih banyak pengorbanan, kesungguhan serta usaha gigih semua pihak. Oleh itu, saya menyeru semua warga PPPN Pahang khususnya untuk terus melipatgandakan usaha dan berganding bahu mencipta kegemilangan dengan menjadikan budaya cintakan kerjaya sebagai agenda utama dalam perkhidmatan agar kita mampu menepati kehendak pelanggan dan stakeholders.

Segala pandangan dan maklumbalas tuan/puan melalui ruangan maklumbalas di laman web kami amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.


YH. DATO' INDERA HAJI ZULKIFLI BIN HAJI YAACOB, SIMP,. DSAP., DIMP., AAP., AMP.
PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI PAHANG

CIO ICU JPM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disclaimer : PPPN Pahang shall not be responsible for any data occur or any other disadvantage during the usage of this portal.
[Best viewed with 1024 x 768 resolution [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]