Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 

PERUTUSAN PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI PAHANG

 

aluan

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang. Semoga kewujudan laman ini mampu menjadi penghubung antara jabatan ini dan rakyat dengan memanfaatkan teknologi ICT. Menerusi laman ini juga, kita berharap agar komunikasi dan maklumat yang disalur adalah lebih pantas, mudah dicapai dan seterusnya meningkatkan prestasi penyampaian maklumat kepada rakyat.

Komitmen kami adalah memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dan berkesan berasaskan piagam pelanggan kami. Malah, kami juga sentiasa mendukung prinsip Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya kegemilangan sesuatu organisasi menagih banyak pengorbanan, kesungguhan serta usaha gigih semua pihak. Oleh itu, saya menyeru semua warga PPPN Pahang khususnya untuk terus melipatgandakan usaha dan berganding bahu mencipta kegemilangan dengan menjadikan budaya cintakan kerjaya sebagai agenda utama dalam perkhidmatan agar kita mampu menepati kehendak pelanggan dan stakeholders.

Segala pandangan dan maklumbalas tuan/puan melalui ruangan maklumbalas juga amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.


YH. DATO' INDERA HAJI ZULKIFLI BIN HAJI YAACOB, DSAP., DIMP., AAP., AMP.
PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI PAHANG

CIO ICU JPM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]