Piagam Pelanggan

Utama

Komitmen : "PPPN Pahang akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dengan berkesan berasaskan piagam pelanggan seperti berikut:

Perkhidmatan Teras Utama:
1. Mengeluarkan Laporan Prestasi pelaksanaan Projek RMLT mengikut permintaan dalam masa 3 hari.
2. Menyiapkan laporan penilaian outcome program/projek dalam masa 3 bulan setelah terma rujukan dipersetujui.
3. Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi-agensi dalam tempoh 3 hari daripada permohonan diterima.
4.Memberi keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas dalam tempoh 3 hari.
5. Menguruskan bayaran tuntutan kecemasan oleh YB Ahli Parlimen Kerajaan dalam masa 24 jam.
6. Menjana senarai orang miskin/miskin tegar daripada e-Kasih dalam masa 2 hari selepas permohonan diterima.
7. Membuat siasatan dan menyediakan maklumbalas dalam masa 14 hari selepas mendapat aduan berkaitan kesejahteraan rakyat.

Perkhidmatan Sokongan:
8. Memberi maklumbalas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.

Pemulihan Perkhidmatan :
Jika Atas Sebab-Sebab Tertentu PPPN Pahang Tidak Dapat Menunaikan Tanggungjawab Dalam Tempoh Yang Dijanjikan, Kami Akan Dengan Serta Merta Memberi Jaminan Kepada Pihak Pelanggan Untuk Melaksanakannya Dalam Masa Yang Dipersetujui."