Default  Merah  Biru  Hijau    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 

MUTIARA HADIS


56. Golongan Yang Tidak Dipandang Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "3 Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong."-Muslim- (Muatnaik : 19/5/2015)

57. Keutamaan Membaca Al-Quran.

Daripada Aishah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Orang-orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala."-Bukhari & Muslim- (Muatnaik : 06/07/2015)

58. Kelebihan Orang Yang Bersyukur.

Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, "Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang dikurniakan oleh Allah al-Qur’an (dihafaz dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah) sepanjang malam dan siang."-Bukhari & Muslim- (Muatnaik : 30/09/2015)

59. Sikap Yang Baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka."-Muslim- (Muatnaik : 01/01/2016)

60. Diharamkan Bersifat Sombong.

Dari Abu Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW sabdanya, "Syurga dan Neraka berbantahan. Neraka berkata, "Didalamku adalah orang yang gagah dan sombong."Syurga pula berkata, "Didalamku adalah orang yang lemah dan golongan miskin." Maka Allah memberi keputusan di antara keduanya, dengan firman-Nya "Sesungguhnya engkau syurga rahmat-Ku, dengan engkaulah aku memberi rahmat kepada sesiapa sahaja yang aku kehendaki, dan sesungguhnya engkau neraka adalah azabku yang dengan kamulah aku menyeksa sesiapa sahaja yang aku kehendaki. Bagi kedua kamu akan Aku penuhkan isinya."-Muslim- (Muatnaik : 27/12/2016)

61. Sifat Sedekah dan Pemaaf.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya".-Muslim- (Muatnaik : 13/01/2017)

62. Berbuka Puasa Mengikut Keperluan.

Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka." -Bukhari dan Muslim- (Muatnaik : 01/06/2017)

63. Sebarkan Assalamualaikum

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, "Demi tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu." -Muslim- (Muatnaik : 19/06/2017)

64. Amalan Terbaik

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?" Baginda bersabda, "Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali" -Bukhari & Muslim- (Muatnaik : 13/09/2017)

Sumber:http://www.islam.gov.my/e-hadith



Mutiara Hadis

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]