Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

SOALAN LAZIM DITANYA - PENTADBIRAN



1. Bolehkah seseorang pegawai kerajaan menyemak Buku Rekod Perkhidmatannya?

Boleh seperti petikan di Bahagian II perenggan 2.4 (d) "Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007"; rekod perkhidmatan pegawai adalah bertaraf SULIT. Walau bagaimanapun pegawai boleh melihat rekodnya sendiri dengan kebenaran pegawai penyelia rekod.

2. Siapakah yang bertanggungjawab memasukkan dan mengemaskini rekod peribadi di dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMIS)?

Perenggan 8 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007 menyatakan bahawa semua Pemilik Kompetensi (Competency Owner CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing-masing sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. CO juga bertanggungjawab mengemaskini data jika berlaku sebarang perubahan pada rekod peribadi.

3. Adakah pegawai yang menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat boleh menuntut Bayaran Lebih Masa dan Elaun Bertugas rasmi di Luar Ibu Pejabat ?

Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut Bayaran Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) WP1.4 Tahun 2013.

4. Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel yang diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar Bayaran Lebih Masa ?

Pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus / seminar / bengkel tersebut.

5. Adakah Pekerja Sambilan Harian (PSH) dibenarkan menuntut segala elaun, kemudahan dan bayaran lain seperti pegawai tetap yang menjalankan tgas rasmi di luar ibu pejabat ?

Mengikut peruntukan di para 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1979, menyatakan PSH yang diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar stesen adalah layak dan dibenarkan membuat tuntutan elaun dan kemudahan yang sama sepertimana pegawai-pegawai tetap yang setaraf. Kadar tuntutan elaun dan kemudahan yang dibayar hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 tahun 2003, yang berkuatkuasa pada masa kini.

6. Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk memproses tuntutan perjalanan (TNT)?

Setiap tuntutan perjalanan yang lengkap perlu dikemukakan sebelum 10 hari bulan ke Seksyen Kewangan dan akan diproses dalam masa 7 hari dari tarikh ia diterima . Bayaran tuntutan akan diterima dalam tempoh tujuh hari selepas ia diluluskan di peringkat GFMAS melalui pembayaran secara EFT (Electronic Fund Transfer).



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]