Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

SOALAN LAZIM DITANYA - EKASIH



1. Apakah sistem eKasih ?

Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

2. Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih ?

Mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan bedasarkan pendapatan per kapita isirumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

3. Bagaimana untuk mendaftar ?

Sila berhubung dengan Pejabat Daerah yang berdekatan.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)?

Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberitanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal dan AIR pula ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih .

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendapatan Perkapita sebuah keluarga ?

Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

6. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih ?

Sila hubungi Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) atau Seksyen Pembasmian Kemiskinan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dan berikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi untuk semakan.

7. Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?

eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan.

Untuk maklumat lanjut, sila hantar emel pertanyaan ke admphg@phg.icu.gov.my



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]