Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 

SOALAN LAZIM DITANYA - SPP II


1. Apakah itu Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dan organisasi mana yang terlibat dalam pelaksanaannya ?

SPP II ialah satu sistem di bawah Kerajaan Elektronik yang merupakan salah satu aplikasi perdana di bawah Multimedia Super Koridor (MSC). Bermula pada tahun 1999, ia telah di laksanakan dan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2001 oleh Mantan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sistem ini.

Secara keseluruhannya, skop meliputi semua proses pelaksanaan pembangunan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) bermula dari perancangan projek sehingga proses pembayaran projek. Agensi utama yang terlibat selain dari ICU JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (UPE) , Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara (JANM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Semua Kementerian dan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Peruntukan Belanja Pembangunan merupakan pengguna utama sistem ini di samping Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah sebagai agensi pemantau di peringkat Negeri dan Daerah.

2. Siapakah pengguna SPP II ?

Pengguna SPP II terdiri dari semua kementerian dan agensi yang terlibat.

3. Apakah saluran untuk melaporkan masalah berkaitan pelaksanaan dan penggunaan SPPII ?

Pengguna perlu membuat log masalah tersebut ke dalam sistem Call Centre atau telefon ke talian 03-8000 8000 untuk tindakan selanjutnya oleh Pentadbir SPP II. Sekiranya perlu, pengguna di peringkat negeri juga boleh menghubungi Seksyen IT di Pejabat Pembangunan Negeri masing-masing untuk bantuan atau pertanyaan.

4. Apakah projek-projek yang dipantau oleh SPP II ?

Projek-projek yang dipantau dalam SPP II adalah projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Private Finance Initiatives (PFI).

5. Bolehkah ia dicapai di mana-mana lokasi ?

SPP II boleh dicapai di mana-mana lokasi yang mempunyai capaian Putrajaya Campus Network (PCN) dan 1GovNet.

6. Bagaimanakah agensi di negeri boleh memohon ID Pengguna SPP II ?

Permohonan ID semua agensi/ jabatan negeri perlu melalui Kementerian agensi yang berkenaan. Manakala, pengguna dari pejabat daerah diminta mengisi Borang Permohonan ID SPP II dan menghantar secara terus kepada jabatan ini untuk dipanjangkan ke ICU JPM. Borang permohonan boleh diperolehi dari laman SPP II di https://www.sppii.icu.gov.my atau hubungi pihak kami untuk bantuan.

7. Apa yang perlu dilakukan sekiranya ID pengguna ditahan ?

Pengguna boleh memaklumkan Pegawai di Seksyen Teknologi Maklumat (PPPN Pahang) atau membuat log masalah tersebut ke dalam sistem Call Centre di http://callcenter.icu.gov.my untuk tindakan selanjutnya oleh Pentadbir SPP II di Ibupejabat.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]