Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

20/7/2018 : Bengkel Kick Off Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT) ICU JPM 2019-2021


Sokongan Suara W3C

Sokongan Suara W3C

Bengkel Kick Off Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT) ICU JPM 2019-2021 telah diadakan pada 20 Julai 2018 di Dewan Banquet, Aras 1, ICU JPM. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zolkopli Bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Strategik, ICU JPM. Seramai 39 orang pegawai telah hadir ke bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memaklum dan memberi penerangan mengenai perancangan pembangunan PSICT ICU JPM bagi tahun 2019-2021 khusus kepada Jawatan Kuasa Tadbir Urus Projek PSICT ICU JPM. Jawatan Kuasa Tadbir Urus Projek PSICT ICU JPM terdiri daripada pegawai di 10 Bahagian dan 6 Pejabat Pembangunan Negeri ICU JPM seperti berikut:

>> Bahagian Khidmat Pengurusan
>> Bahagian Penilaian Strategik
>> Bahagian Pemantauan Pembangunan
>> Bahagian Projek Khas
>> Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang
>> Bahagian Susun Semula Masyarakat
>> Bahagian Kesejahteraan Rakyat
>> Unit Integriti
>> Bahagian Business Licensing Electronic Support System
>> Bahagian Konsultatif Dan Referal Teknikal
>> Pejabat Pembangunan Negeri Johor
>> Pejabat Pembangunan Negeri Perak
>> Pejabat Pembangunan Negeri Pahang
>> Pejabat Pembangunan Negeri Selangor
>> Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan

PSICT ICU JPM 2019-2021 dibangunkan secara dalaman (in-house) dengan mendapat khidmat perundingan daripada Unit Perundingan Perancangan Strategik ICT, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU. PSICT menggunakan metodologi Perancangan Strategik ICT (PerSI) yang dibangunkan oleh MAMPU. Aktiviti utama adalah seperti berikut:

>> Analisis persekitaran semasa-bisnes dan ICT;
>> Membangunkan hala tuju strategik ICT;
>> Membangunkan pelan pelaksanaan ICT; dan
>> Menyediakan dokumen PSICT.


Sumber : Asmah Adam - NADI
Tarikh kemaskini : 30/7/2018 (8.42 am)
Ikuti kami di Public Page SDO PHGFB SDO PHG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]