Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

20/04/2017 : JOM BANTU RAKYAT



Temerloh, 20 April 2017 - Program Jom Bantu Rakyat Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 20 April 2017 yang lalu bertempat di Parlimen Temerloh yang diadakan di dua buah kampung iaitu Kampung Tengguh dan Kampung Padang Kerbau.

Menerusi Program Jom Bantu Rakyat (JBR), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turun padang meninjau nasib beberapa keluarga di Kampung Tenggoh dan Kampung Padang Kerbau di sini hari ini. Dua keluarga yang kedaan tempat tinggalnya rosak teruk dalam banjir besar itu dibantu menerusi aktiviti pemulihan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Bukan sahaja tempat kediaman mereka dibaiki malah, keluarga mangsa air bah itu turut mendapat perkakasan peralatan rumah seperti perabot dan peralatan elektrik.

Dalam program berkenaan, Perdana Menteri ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob meluangkan masa hampir 40 minit untuk beramah mesra dengan keluarga terbabit. Keluarga pertama yang dikunjungi perdana menteri menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM26,000 manakala keluarga kedua pula menerima bantuan keseluruhan sebanyak RM11,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang juga turut beramah mesra dengan sebahagian penduduk Kampung Padang Kerbau ketika meluangkan masa bertemu penduduk setempat pada program berkaitan. Program ini merupakan idea Perdana Menteri sendiri sebagai usaha membantu rakyat yang berada dalam kesusahan di setiap Parlimen.

Sumber : Nik Fatisrabina bt Nik Ismail
Tarikh kemaskini: 11/05/2017 (7.30 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]