Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

7/04/2017 : PROGRAM ESPRIT DE CORPS PPPN PAHANG



Temerloh, 7 April 2017 - PPPN Pahang telah menganjurkan Program Esprit De Corps yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara warga kerja jabatan ini melalui acara perlawanan bola sepak persahabatan antara PPPN Pahang menentang Persatuan Veteran UiTM, Jengka dan program eksplorasi ke Hutan Lipur Gunung Senyum.

Acara perlawanan persahabatan bola sepak antara PPPN Pahang dengan Persatuan Veteran UiTM, Jengka telah diadakan pada jam 5 petang di Padang Bola Sepak, UiTM Jengka dengan keputusan 1- 4 yang menyaksikan kemenangan bagi Persatuan Veteran UiTM, Jengka. Antara pemain jemputan yang turut serta ialah bekas pemain kebangsaan iaitu Dato' Jamal Nasir, Dato' Yunos Alif dan Encik Bakar Ahmad. Perlawanan tamat pada jam 7 petang.

Program diteruskan pada sebelah malamnya dengan acara sambutan hari lahir YH Dato' Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang di tapak penginapan peserta Hutan Lipur Gunung Senyum.

Pada keesokannya, seramai 32 orang peserta eksplorasi PPPN Pahang bergerak menuju ke Gunung Jebak Puyuh diiringi oleh Encik Sallehuddin (jurupandu gua) seawal jam 8.30 pagi. Gunung Jebak Puyuh terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum yang berkeluasan 794 hektar. Perjalanan ke Gunung Jebak Puyuh dari kaki Gunung Senyum mengambil masa 45 minit iaitu sejauh 3.5 km melalui denai-denai kecil dan sekali-sekala terpaksa mendaki dan menuruni bukit. Gunung Jebak Puyuh menawarkan 7 buah gua yang menarik untuk dijelajahi iaitu Gua Rangkak, Gua Terowong, Gua Kapal, Gua Mayat, Gua Candi, Gua Straw dan Gua Ular. Perjalanan eksplorasi tamat pada jam 2 petang.

Pelbagai pengalaman baru telah diperolehi oleh para peserta sepanjang program ini diadakan. Semoga program-program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Sumber : Norhasmiza binti Zahari
Tarikh kemaskini: 11/04/2017 (11.30 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]