Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

29/03/2017 : CERAMAH INTEGRITI DAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)



Pada 29 Mac 2017, PPPN Pahang dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Pahang telah menganjurkan Ceramah Integriti bertajuk "Antara Mencari Nikmat atau Menempah Laknat" serta Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, SUK Pahang. Program ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan jabatan ini dan turut hadir ialah YH Dato' Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang serta Tuan Jamaluddin bin Puteh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang.

Program dimulakan dengan penyampaian ceramah integriti pada jam 9.30 pagi oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohamad bin Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) dari SPRM Pahang. Seterusnya, semua pegawai dan kakitangan jabatan ini bersama-sama membaca ikrar dan menurunkan tandatangan ke atas IBR di hadapan Pegawai Kemajuan Negeri Pahang disaksikan oleh pegawai-pegawai SPRM yang hadir.

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri dari sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.


Sumber :Nik Fatisrabina binti Nik Ismail
Tarikh kemaskini: 29/03/2017 (3.30 ptg)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]