Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

05/03/2017 : HARI KELUARGA 2017



Kelab Kebajikan dan Sukan PPPN Pahang telah menganjurkan Program Hari Keluarga 2017 PPPN Pahang bertempat di De Rhu Beach Resort, Balok, Pahang bermula 4 hingga 5 Mac 2017. Program ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan jabatan ini beserta ahli keluarga masing-masing. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan pada 4 Mac 2017 melibatkan warga kerja jabatan ini serta ahli keluarga yang hadir. Acara penyampaian hadiah bagi pemenang acara sukaneka telah diadakan pada sebelah petang.

Manakala, majlis makan malam dan acara cabutan bertuah telah diadakan pada malamnya bertempat di Dewan Bunga Raya. Disamping itu, turut diadakan majlis perpisahan kakitangan jabatan ini yang telah bertukar keluar iaitu En Khzirul Anwar, En Mohd Helmy dan En Hariri. Majlis turut dihadiri oleh YH Dato' Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang. Program Hari Keluarga 2017 telah diadakan dengan jayanya serta diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai, kakitangan serta ahli keluarga yang hadir.


Sumber :Sharifah Zaleha Bt Syed Salim
Tarikh kemaskini: 23/03/2017 (3.30 ptg)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]