Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

21/02/2017 : GOOD a.m. @Khazanah Bestari



Sebuah program khas yang diberi nama GOOD a.m. telah diadakan pada 21 Februari 2017 jam 9:30 pagi di Khazanah Bestari Aras 2, Bangunan Perdana Putra.

Segmen permulaan kepada program khas anjuran Seksyen Perhubungan Awam,BKP, satu Sesi Ulasan Buku bertajuk Mengurus Ekspektasi Pengurusan Projek Awam - Konsep, Praktikal dan Realiti telah dipilih untuk dikupas dan dikongsi bersama peserta yang hadir.

Timbalan Ketua Pengarah (Pusat Transformasi Penyampaian) ,YBhg. Dato' Haji Hadzir bin Md Zain telah hadir sebagai panel jemputan pada sesi itu. Sesi perkongsian ilmu dan bual bicara ini telah diadakan secara santai dan interaktif dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah dari setiap Bahagian Ibu Pejabat.

Program GOOD a.m. berlangsung secara eksklusif dengan penyertaan hanya terhad kepada 15 orang sahaja. Warga ICU yang menyertai program ilmiah ini sebanyak lima (5) kali bakal menerima sijil penghargaan dan saguhati istimewa daripada penganjur. Objektif program antara lain bertujuan menjadikan Khazanah Bestari bukan sahaja sebagai tempat peminjaman buku malah sebagai pusat diskusi, pembelajaran dan latihan kepada semua warga kerja ICU JPM.

Sumber : Azleen Suzana Zakaria,SPA (http://www.icu.gov.my) -24/2/2017
Tarikh kemaskini: 14/03/2017 (9.15 pg)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]