Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

10/02/2017 : Majlis Penyerahan Masjid Felda Bukit Tajau Maran



Maran - Pada 10 Februari 2017 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Felda Bukit Tajau Maran dengan kehadiran pegawai dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Maran, Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh (PAID) juga penduduk setempat. Kehadiran YB. Puan Nurhidayah binti Dato’ Haji Mohamad Shahaimi ADUN Kawasan Luit.

Pembinaan masjid ini bermula pada 05 Oktober 2015 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Februari 2017 dengan siling peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas PPPN Pahang, Encik Azmil bin Abu Bakar telah menerima replika kunci sebagai simbolik penyerahan daripada Jurutera Daerah Maran, untuk diserahkan kepada ahli jawatankuasa masjid dan seterusnya berlangsung sesi menandatangani dokumen penyerahan. Semoga kewujudan masjid baru ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.

Sumber : Amirul Ashraf bin Ahmad
Tarikh Kemaskini: 20/02/2017 (10.15 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]