Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

26/01/2017 : Majlis Penyerahan Masjid Kampung Ketam,Temerloh



Temerloh - Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Baru Masjid Kampung Ketam Temerloh, Pahang Darul Makmur telah berlangsung pada 26 Januari 2017 dengan kehadiran dan penglibatan penduduk tempatan, ahli-ahli jawatankuasa masjid serta pegawai dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Temerloh dan Pejabat Agama Islam Pahang (PAIP).

Pembinaan masjid ini yang bermula pada 12 Julai 2012 telah siap sepenuhnya dan telah dirasmikan pada 26 Januari 2017 dengan siling peruntukan sebanyak RM4,383,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas PPPN Pahang, Encik Azmil bin Abu Bakar telah menerima replika kunci sebagai simbolik penyerahan daripada Jurutera Daerah Temerloh, untuk diserahkan kepada ahli jawatankuasa masjid dan seterusnya berlangsung sesi menandatangani dokumen penyerahan.

Semoga dengan adanya masjid yang serba baru ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.

Sumber : Mohd Zawawi Bin Zakaria
Tarikh kemaskini : 10/02/2017 (7.30 am)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]