Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

18/11/2017 : PROGRAM CSR TEMERLOH





Program CSR Temerloh telah diadakan pada 18 November 2017, Sabtu di Kg Chempaka, Lanchang sempena Program Touchpoint Baikpulih Rumah Encik Badrul Hisham. Program yang bermula jam 12 tengahari telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Pada majlis yang sama turut disampaikan sumbangan makanan dan barang keperluan harian kepada 30 orang penerima.

Hadir bersama di majlis berkenaan ialah YH Dato’ Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, YH Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato' Azlan Bin Mohd Yaman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, PUTERI UMNO Bahagian Temerloh, Ketua Kampung Chempaka, JKKK Kg Chempaka serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang.

Pada majlis yang berasingan, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang turut menyampaikan sumbangan peti ais di Kg Gantok, Mentakab kepada Puan Sarimah, seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak.

Program pada hari berkenaan tamat jam 5.00 petang.


Sumber : Puan Sharifah Zaleha Bt Syed Salim
Tarikh kemaskini: 21/11/2017 (11.30 am)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]