Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

31/01/2017 : Majlis Penyerahan Dewan BARU



Kuantan - Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Baru Dewan Di atas Lot 13561 RRM Batu 3 Jalan Gambang,Kuantan, Pahang Darul Makmur telah berlangsung pada 31 Januari 2017 dengan kehadiran dan penglibatan penduduk tempatan, ahli-ahli jawatankuasa Kampung serta pegawai daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan Serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri.

Pembinaan Dewan ini yang bermula pada 16 November 2015 telah siap sepenuhnya pada 31 Januari 2017 dengan siling peruntukan sebanyak RM 1,800,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, Penolong Pengarah Seksyen Khas PPPN Pahang, Encik Arbain Bin Mokhtar telah menerima kunci sebagai simbolik penyerahan daripada Majlis Perbandaran Kuantan, untuk diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kampung.

Semoga dengan adanya dewan yang serba baru ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat bagi melaksanakan program yang akan dilaksanakan kelak.

Sumber : Mohd Zawawi Bin Zakaria
Tarikh kemaskini : 10/02/2017 (7.30 am)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]