Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

14/10/2017 : PROGRAM NBOS MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD





Kuantan, 14 Oktober 2017 - Majlis Perasmian Program Inisiatif Baru NBOS My Beautiful Neighbourhood Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada pagi Sabtu, 14 Oktober 2017 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna Balok, Kuantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, YH Dato’ Indera Mustaffar Kamal bin Haji Ab Hamid, Pegawai Kemajuan Negeri, YH Dato’ Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YH Dato’ Suhami bin Mohd Yunus, Ketua Polis Negeri, YH Dato’ Rosli bin Ab Rahman, Pengarah SWCorp Negeri, YH Dato’ Sri Affendi Hamzah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH Dato’ Fadzilla bin Salleh dan Ketua Kampung Balok.

Program NBOS MyBN dirasmikan serentak di seluruh negara. Antara aktiviti yang diadakan pada hari berkenaan ialah mengecat dinding dewan, membersih laman dan longkang serta menceriakan kawasan sekitar dewan. Di Pahang, 9 Parlimen telah terlibat dalam pelaksanaan program ini dan pada hari yang sama, program seumpamanya turut diadakan di Pentas Taman Gelora (Masjid Tanjung Api) dan Dewan Serbaguna Kampung Peramu.

Menteri Besar, YAB Dato’ Sri DiRaja Adnan bin Haji Yaakob semasa merasmikan majlis berkaitan turut menyarankan agar aktiviti seperti gotong-royong seumpama ini diteruskan dan disertakan dengan aktiviti-aktiviti lain yang dapat mengeratkan lagi perpaduan rakyat. Malah, program ini diharap menjadi titik-tolak ke arah melibatkan orang ramai dalam menjaga kebersihan persekitaran.


Sumber : Admin
Tarikh kemaskini: 16/10/2017 (2.55 pm)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]