Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

12/07/2017 : Majlis Penyerahan Projek Membina Persimpangan Bertingkat



Kuantan - Majlis Penyerahan Projek Membina Persimpangan Bertingkat Di Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Ubi, Kuantan, Pahang telah berlangsung pada 12 Julai 2017 dengan kehadiran dan penglibatan dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan lain-lain agensi.

Pembinaan ini yang bermula pada 1 Disember 2014 telah siap sepenuhnya pada 16 April 2017 dengan siling peruntukan sebanyak RM40,000,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, Pegawai Kemajuan Negeri, YH Dato' Indera Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob telah menerima penyerahan projek tersebut daripada Pengarah Kerja Raya Pahang, Dato' Ir. Haji Abdul Jalil Bin Haji Mohamed dan seterusnya berlangsung sesi menandatangani dokumen penyerahan.

Semoga dengan adanya persimpangan bertingkat ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk serta dapat melancarkan lagi aliran trafik di bandar Kuantan.



Sumber : Norshafira Azila Bt Dzulkifli
Tarikh kemaskini: 18/07/2017 (10 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]