Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


20/05/2017 : JOM BANTU RAKYAT PARLIMEN INDERA MAHKOTA



Kuantan, 20 Mei 2017 - Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Indera Mahkota telah diadakan pada 20 Mei 2017 bertempat di balairaya Kg Chengal Lempong, Kuantan.

Program ini telah dimulakan pada jam 2.00 petang dengan penyerahan bantuan kepada dua orang penerima bantuan Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Indera Mahkota iaitu Puan Rohana binti Ali yang merupakan ibu tunggal kepada 7 orang anak dan Puan Yusnita binti Yusof yang mempunyai 4 orang anak OKU dari 7 orang anaknya. Penyerahan bantuan makanan serta keperluan asas telah disempurnakan oleh YH Dato’ Mustaffar Kamal bin Haji Abdul Hamid, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota. Sumbangan dan bantuan ini adalah dari Bahagian UMNO Indera Mahkota, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kuantan dan Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

Sementara itu, Majlis Jom Bantu Rakyat di Balairaya Chengal Lempong telah dimulakan pada jam 2.30 petang dengan penyerahan sumbangan barang makanan kepada 170 orang penerima dari 14 kampung bagi Dun Beserah. Penyerahan juga telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota. Turut hadir di program berkenaan ialah YH Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Kuantan, Ketua Wanita Umno Indera Mahkota, wakil-wakil agensi serta Pengerusi JKKK yang berkaitan.

Antara jabatan dan agensi yang turut serta bagi kaunter pameran di program berkenaan ialah Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Kolej Yayasan Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang, Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang, MARA Negeri Pahang dan kaunter eKasih oleh jabatan ini serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Balok. Pada majlis yang sama turut diadakan pertandingan congkak dan dam aji yang dibuka penyertaan kepada penduduk kampung yang hadir.

Program Jom Bantu Rakyat ini merupakan usaha kerjasama antara agensi-agensi kerajaan untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan.



Sumber : Nik Fatisrabina bt Nik Ismail
Tarikh kemaskini: 21/05/2017 (10.50 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]