Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
       Lupa Katalaluan
W3C Panels
E-Mail
 
logo_head

09/01/2017 : Fokuskan Tahun 2017 Sebagai Tahun Penyampaian Perkhidmatan Awam



PUTRAJAYA, 9 Januari 2017 - Perdana Menteri mahu perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Beliau berkata warga perkhidmatan awam mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah dirancang dan ditentukan untuk rakyat dan negara.

Beliau berharap semua anggota perkhidmatan awam ketika memberi fokus kepada penyampaian bukan hanya dari segi fizikal, tetapi penyampaian dari segi nilai kepada rakyat. Perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat perlu mengikut jadual, dan sekiranya ia lambat atau ada kekangan, halangan, masalah atau koordinasi, ia perlu diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama untuk tahun ini. Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika menyampaikan mesej mengenai tahun penyampaian itu turut mengingatkan anggota perkhidmatan awam berkenaan ketirisan dan jangan mengambil hak rakyat. Sekiranya berlaku ketirisan, rakyat pasti akan berasa hampa dan hilang keyakinan kepada kerajaan.

Justeru, beliau mahu tahun 2017 sebagai 'year of delivery' (tahun penyampaian), fokus kepada penyampaian perkhidmatan, usaha, latihan, penambahan nilai dan segala-galanya adalah untuk kebajikan rakyat. Perdana menteri berkata sekiranya mindset (set minda) warga perkhidmatan awam memberi fokus pada penyampaian, ia akan jadikan 2017 sebagai tahun yang berjaya.

Sumber : Bernama dan SPA (http://www.icu.gov.my - 10/01/2017)
Tarikh kemaskini : 18/01/2017 (12.00 pm)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]