Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


06/05/2016 :Majlis Penyerahan Masjid Baru Kampung Rantau Panjang



Temerloh - Pada 06 Mei 2016, Jumaat telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Masjid Baru Kampung Rantau Panjang dengan kehadiran pegawai dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Temerloh, Pejabat Agama Islam (PAID) Daerah Temerloh, Imam Masjid Taman Sri Semantan serta Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Sri Semantan dan juga penduduk setempat. Kehadiran YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, ADUN Kawasan Lanchang dan YH. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh turut menyerikan majlis ini.

Pembinaan masjid ini bermula pada 17 Mac 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 31 Mac 2016 dengan siling peruntukan sebanyak RM 1,500,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, sesi penyerahan sijil telah diadakan sebagai simbolik penyerahan daripada Ketua Penolong Pengarah PPPN Pahang, Encik Mohd Yusri Bin Mohd Nor dan YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin untuk diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Baru Kampung Rantau Panjang. Semoga kewujudan masjid baru ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.


Sumber : Ahmad Syarifullah Bin Ahmad Sabri
Tarikh Kemaskini: 11/05/2016 (8.50 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]