Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


15/4/2016 : Kursus Teknologi Analog VS Digital



Subseksyen Kejuruteraan, Seksyen Perhubungan Awam (SPA), Bahagian Khidmat Pengurusan, ICU JPM telah menganjurkan Kursus Teknologi Analog VS Digital pada 15 - 17 April 2016. Kursus ini telah diadakan di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada warga kerja di peringkat Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat cawangan ICU JPM telah menyertai kursus ini. Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Syarikat MyTV Broadcasting Sdn. Bhd.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai ICU JPM berkaitan teknologi terkini selari dengan perkembangan teknologi semasa dan akan datang. Pegawai akan mendapat pengetahuan berkenaan evolusi teknologi analog kepada digital yang akan diperluaskan penggunaannya di Malaysia.

Salah satu pengisian dalam kursus ini adalah berkenaan pelaksanaan TV Digital percuma yang akan dilancarkan di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada Syarikat MyTV Broadcasting. Peserta juga telah diberikan satu set Decoder Box percuma untuk set percubaan dan telah mendaftar sebagai responden bagi pelaksanaan TV Digital ini di Malaysia. Selain itu, penerangan berkenaan teknologi digital RTM, evolusi daripada teknologi analog ke digital dan prosedur kerja dalam mengurus dan melaksana aset digital telah disampaikan oleh penceramah daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). Prosedur kerja tersebut termasuklah proses mendigitalkan bahan Audio Video dan proses bahan tersebut untuk diarkibkan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Raymie Bin Amiril, Timbalan Pengarah Seksyen Perhubungan Awam pada hari terakhir kursus. Secara keseluhurannya, kursus ini telah berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang ditetapkan.


Sumber : Neng Ana - SPA BKP, ICU JPM (http://www.icu.gov.my)
Tarikh Kemaskini: 26/04/2016 (10.40 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]