Default  Merah  Biru  Hijau    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


29/01/2016 : PROGRAM BICARA ILMU "MENCARI KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN"



29 Januari 2016, Kuantan - Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bicara Ilmu bertajuk "Mencari Keberkatan Dalam Pekerjaan" yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Azwan bin Syed Yahya. Program telah dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir tepat jam 12 tengahari ini, dan turut dihadiri oleh kakitangan dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan pejabat Wisma Persekutuan Kuantan.

Program ini diadakan bagi memberi motivasi dan ingatan kepada semua akan kepentingan memperolehi keberkatan dalam apa jua yang dilakukan dan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk mendapat dan mengekalkan keberkatan dalam kehidupan seharian.

Sebelum berakhirnya program, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Zainal Bin Abidin telah berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Azwan sebagai tanda kenangan.

Sumber : Suriati Bt Razali
Tarikh Kemaskini: 30/01/2016 (11.21 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]