Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


14/12/2016 : Jadikan Amanah Pegangan Hidup



Majlis Perhimpunan ICU JPM Bil. 5 bagi tahun 2016 telah diadakan pada 14 Disember 2016 di Dewan Taklimat Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan berselawat serta bacaan beberapa potong ayat beserta terjemahan dari surah Al Ahzab bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pada setiap 12 Rabiulawwal. Tema AMANAH dipilih pada perhimpunan kali ini adalah bertepatan sekali dengan sikap dan sifat Rasullullah yang wajar diteladani dan diamalkan.

Ketua Pengarah Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof dalam ucapannya berkata sebagai pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, secara tidak langsung tergalasnya di bahu perkataan AMANAH yang cukup berat. Jika gaji diterima sepenuhnya, sedangkan perkhidmatan tidak diberikan secara sempurna, ianya dianggap mengkhianati Kerajaan dan masyarakat. Lebih dahsyat lagi apabila seseorang pekerja itu menerima rasuah dan merosakkan perjanjian yang telah ditentukan. Gaji dan dan hasil rasuah yang diterimanya itu adalah haram di sisi agama kerana ianya menjurus ke arah kebinasaan kepada diri serta masyarakat.

Justeru sebagai penjawat awam, kita tidak boleh menggunakan kuasa/jawatan sebagai satu peluang memenuhi kepentingan diri dan ianya merupakan satu amanah yang perlu dipelihara supaya tatacara urusan pentadbiran berjalan dengan baik.

Sementara itu, Program Books4U anjuran Khazanah Bestari, Seksyen Perhubungan Awam turut diadakan pada hari yang sama. Pelbagai pengisian menarik telah diadakan seperti Sembang Bestari dengan tajuk Pangkalan Data Digital oleh Puan Norhafiza Jalil dari Perpustakaan Negara Malaysia, jualan buku pada harga diskaun oleh Kumpulan Karangkraf, dan Peminjaman Buku serta sumbangan buku/majalah terpakai di Khazanah Bestari. Anugerah Books4U bagi tahun 2016 kepada peminjam aktif Khazanah Bestari telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah.

Program Books4U diharap menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan warga ICU yang suka membaca dan kaya maklumat.

Sumber : Azleen Suzana Zakaria,SPA (http://www.icu.gov.my - 16/12/2016)
Tarikh kemaskini : 29/12/2016 (3.02 ptg)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]