Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


25/11/2016 : MAJLIS PENYERAHAN MASJID BANDAR KARAK



Karak - Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Baru Masjid Bandar Karak, Pahang Darul Makmur telah berlangsung pada 25 November 2016 dengan kehadiran dan penglibatan penduduk tempatan, ahli-ahli jawatankuasa masjid serta pegawai daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bentong dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Daerah Bentong.

Pembinaan masjid ini yang bermula pada 23 Julai 2015 telah siap sepenuhnya pada 8 November 2016 dengan siling peruntukan sebanyak RM5,000,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas PPPN Pahang, Encik Azmil bin Abu Bakar telah menerima replika kunci sebagai simbolik penyerahan daripada Jurutera Daerah Bentong, untuk diserahkan kepada ahli jawatankuasa masjid dan seterusnya berlangsung sesi menandatangani dokumen penyerahan.

Semoga dengan adanya masjid yang serba baru ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.



Sumber : Muhamad Shafiq Bin Haizan
Tarikh kemaskini : 07/12/2016 (10:24 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]