Default  Merah  Biru  Hijau    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


15/01/2016 : Penyerahan Projek Masjid Baru Taman Sri Semantan



Temerloh, 15 Januari : Pada 15 Januari 2016, Jumaat telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Masjid Baru Taman Sri Semantan dengan kehadiran pegawai dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Temerloh, Pejabat Agama Islam (PAID) Daerah Temerloh, Imam Masjid Taman Sri Semantan serta Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Sri Semantan dan juga penduduk setempat. Kehadiran YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, ADUN Kawasan Lanchang, YH Dato’ Ir Abdul Jalil Bin Mohamed, Pengarah JKR Pahang, YH. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan YB. Dato’ Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Exco Jawatankuasa Dakwah Islamiah & Tugas-tugas Khas Negeri Pahang turut menyerikan majlis ini.

Pembinaan masjid ini bermula pada 2 Januari 2013 dan telah siap sepenuhnya pada 15 Mei 2015 dengan siling peruntukan sebanyak RM 4,000,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, sesi penyerahan replika kunci masjid telah diadakan sebagai simbolik penyerahan daripada Ketua Penolong Pengarah PPPN Pahang, Mohd Yusri Bin Mohd Nor, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin dan YH Dato’ Ir Abdul Jalil Bin Mohamed, Pengarah JKR Pahang untuk diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Taman Sri Semantan.

Sumber : Ahmad Syarifullah Bin Ahmad Sabri
Tarikh Kemaskini: 18/01/2016 (4.04 petang)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]