Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


15/11/2016 : MAJLIS PENYERAHAN MASJID KAMPUNG CHENGAL LEMPONG, KUANTAN



Kuantan - 15 November 2016 telah berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Kampung Chengal Lempong, Kuantan dengan kehadiran pegawai dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN) Pahang, JKR Negeri Pahang, JKR Daerah Kuantan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Pengerusi Masjid serta Ahli Jawatankuasa Masjid dan penduduk setempat. Kehadiran wakil daripada Ketua Cawangan Indera Mahkota turut menyerikan majlis berkenaan.

Kerja-kerja bina baru masjid telah dimulakan pada 5 Mac 2013 dan siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2016 dengan siling peruntukan sebanyak RM 4,000,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, sesi penyerahan replika kunci telah diadakan sebagai simbolik penyerahan dari Timbalan Pengarah Kerja Raya Pahang, Dato' Haji Othman Bin Nordin, kepada Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, YH Dato' Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob untuk diserahkan kepada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Encik Rudy Rohan Bin Johan seterusnya diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Chengal Lempong. Semoga kewujudan masjid berkenaan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.



Sumber : Amirul Ashraf Bin Ahmad
Tarikh kemaskini : 23/11/2016 (10:14 Pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]