Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


01/11/2016 : HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JPM 2016



Hari Inovasi dan Kecemerlangan, Jabatan Perdana Menteri 2016 (HIK 2016) telah diadakan pada Selasa, 1 November 2016 di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

HIK 2016 dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada Jabatan/Agensi JPM yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sama ada pengurusan, penghayatan inovasi, sosial serta sukan. Ia merupakan satu usaha untuk menyemarakkan pembudayaan inovasi dan kecemerlangan di kalangan warga JPM ke arah menjadikan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai sebuah perkhidmatan awam yang disegani di persada antarabangsa selaras dengan tema HIK 2016 iaitu Unggul Melakar Inovasi.

Sebanyak tujuh anugerah dengan pelbagai kategori telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri iaitu Anugerah Inovasi JPM (AIJPM 2015), Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPM, Anugerah Pengurusan JPM, Anugerah Pencapaian Sukan & Sosial JPM, Anugerah Perdana, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pertandingan Mencipta Montaj HIK JPM 2016.

ICU JPM telah berjaya meraih Naib Johan AIJPM Kategori ICT melalui projek di bawah Aplikasi Business Licensing Electronic Support System (BLESS). Sementara itu, seramai empat orang pegawai dari ICU JPM turut menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) iaitu Encik Syaharudin Shah Mohd Noor, Encik Muhammad Iqbal Ismail, Encik Azimin Che Wil dan Puan Normah Datuk Haji Jaafar. PPC merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang mengharumkan nama organisasi dan negara.

Tahniah ICU JPM! Kemenangan dan kecemerlangan yang diperoleh saban tahun secara tidak langsung mendorong semangat warga kerja ICU JPM menyahut cabaran yang lebih besar untuk melipat gandakan usaha bagi mencipta pelbagai lagi inovasi untuk perkhidmatan awam seiring dengan arus globalisasi yang semakin berkembang.


Sumber : Azleen Suzana Zakaria,SPA (09/11/2016)- http://www.icu.gov.my
Tarikh kemaskini : 10/11/2016 (12.28 tgh)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]