Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


6/10/2016 - 9/10/2016 : Karnival Sukan Negara ICU KOPROJAYA 2016



ICU JPM telah mengadakan Karnival Sukan Negara ICU KOPROJAYA 2016 Sempena Hari Sukan Negara pada 6 - 9 Oktober 2016 bertempat di Institut Penilaian Negara INSPEN,Kajang.

Penganjuran karnival sukan pada tahun ini lebih meriah apabila ICU menjalinkan kerjasama strategik bersama Koperasi Profesional Berhad (KOPROJAYA) dalam menyokong dan menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Sebanyak enam acara sukan dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Tampar, Bola Jaring, Ping Pong, Badminton, dan Karom selama empat hari karnival berlangsung. Seramai lebih 700 kakitangan ICU JPM seluruh negara menyertai acara sukan ini dengan pembahagian kumpulan mengikut zon terdiri dari Ibu Pejabat, Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Perak), Timur (Terengganu, Kelantan, dan Pahang), Selatan (Johor, Negeri Sembilan, dan Melaka), Utara 1 (Perlis, Kedah,dan P.Pinang), Utara 2(PERDA, dan BPPBPP), Borneo (Sabah,dan Sarawak) dan kontinjen KOPROJAYA.

KOPROJAYA telah berjaya memenangi keseluruhan acara sukan dengan jumlah pungutan mata terbanyak iaitu 20 mata, Zon Utara 1 dan 2 mendapat 10 mata, Zon Ibu Pejabat 8 mata, Zon Borneo 6 mata, Zon Timur 5 mata manakala Zon Selatan dan Zon Utara 1 masing-masing mendapat 2 mata dan 1 mata.

Tema Karnival Sukan Negara ICU KOPROJAYA pada tahun ini WORK HARD. HAVE FUN. MAKE HISTORY amat bertepatan sekali kerana selama empat hari acara sukan dipertandingkan, pelbagai pengisian menarik telah diadakan. Antaranya sesi Executive Talk bersama YBhg. Dato' Seri Di Raja Jailani Bin Dato' Haji Sidek dan YBhg. Dato' Razif Bin Dato' Haji Sidek di mana mereka telah berkongsi pengalaman dan kejayaan sukan badminton negara. Perlawanan Boling Persahabatan Bersama Ketua Setiausaha Negara di ARL Bowl Alamanda, aktiviti jualan produk usahawan seliaan ICU JPM, dan aktiviti kanak-kanak di Kids Corner. Tinjauan Mesra YAB Perdana Menteri ke Karnival Sukan ICU KOPROJAYA pada lewat petang 7 Oktober 2016 turut melakar sejarah dan kenangan di ICU.

Ketua Pengarah ICU JPM YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof dalam ucapan perasmiannya berkata bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal dan mental malah memberikan keseronokan. Tubuh badan yang sihat di samping minda yang positif dan ceria akan melahirkan insan yang produktif seterusnya mampu menyumbang kepada organisasi serta kemaslahatan agama, bangsa dan negara.


Sumber : Azleen Suzana Zakaria,SPA (12/10/2016)- http://www.icu.gov.my
Tarikh kemaskini : 28/10/2016 (9.00 pg)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]