Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


03/09/2016 :Program Permuafakatan Liga Bola Jaring ICU JPM.



Jawatankuasa Pertandingan Bola Jaring, Kelab Kebajikan dan Sukan ICU JPM telah menganjurkan Program Permuafakatan Liga Bola Jaring Sektor peringkat Ibu Pejabat, ICU JPM pada 3 September 2016 di PUSPANITAPURI.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Nor Rizan bin Mohd Thani, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan ICU JPM. Dianggarkan seramai 80 orang telah menghadiri dan memeriahkan program tersebut.

Tujuan program diadakan adalah bagi meneruskan aktiviti sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan pelancaran tema I SEE U SIHAT semasa Majlis Perhimpunan ICU JPM Bil.4/2016 serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan warga Ibu Pejabat ICU JPM.

Selain itu, program tersebut juga diadakan untuk membuat pemilihan pemain yang akan mewakili Ibu Pejabat ICU JPM di Karnival Sukan Negara ICU KOPROJAYA 2016 yang akan diadakan pada 06 Oktober 2016 hingga 09 Oktober 2016 di Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Tiga pasukan bola jaring telah bertanding bagi mewakili Sektor Penyelarasan Projek Khas/Pejabat Ketua Pengarah/BLESS, Sektor Pusat Transformasi Penyampaian dan Sektor Pembangunan Strategik. Sektor Pembangunan Strategik telah dinobatkan sebagai juara manakala Sektor Penyelarasan Projek Khas/Pejabat Ketua Pengarah/BLESS dan Sektor Pusat Transformasi Penyampaian masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Sumber : Salhah Salleh (www.icu.gov.my)
Tarikh kemaskini : 20/09/2016 (9.20 am)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]