Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


05/08/2016 :MAJLIS PENYERAHAN MASJID BARU KAMPUNG TANJUNG BATU, GANCHONG PEKAN.



Pekan - 05 Ogos 2016 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Baru Kampung Tanjung Batu, Ganchong Pekan dengan kehadiran pegawai dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN) Pahang, JKR Daerah Pekan, Pejabat Agama Islam (PAID) Daerah Pekan, Pengerusi Masjid serta Ahli Jawatankuasa Masjid Baru Kampung Tanjung Batu dan penduduk setempat. Kehadiran YB. Dato' Khairuddin Bin Mahmud, DIMP., SMP., Adun Pulau Manis turut menyerikan majlis berkenaan.

Kerja-kerja menaiktaraf masjid telah dimulakan pada 6 April 2015 dan siap sepenuhnya pada 7 Ogos 2016 dengan siling peruntukan sebanyak RM 1,890,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, sesi penyerahan replika kunci telah diadakan sebagai simbolik penyerahan dari Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan, Ir. Khairudin Bin Haji Mahmud kepada Ketua Penolong Pengarah PPPN Pahang, En. Mohd Yusri Bin Mohd Nor dan YB. Dato' Khairuddin Bin Mahmud, DIMP., SMP. untuk diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Baru Kampung Tanjung Batu. Semoga kewujudan masjid berkenaan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.

Sumber : Amirul Ashraf Bin Ahmad
Tarikh Kemaskini: 10/08/2016 (2.58 petang)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]