Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


28/06/2016 :Majlis KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA



Kuantan - 28 Jun 2016, PPPN Pahang telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang dihadiri oleh pegawai serta kakitangan jabatan ini. Majlis yang telah diadakan di Dewan SUK, Blok C, Wisma Sri Pahang turut dihadiri oleh YH Dato' Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang.

Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada jam 9.30 pagi telah disempurnakan dengan bacaan surah Ad-Dhuha hingga An-Nas oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan ini. Pada majlis yang sama turut diadakan penyampaian sumbangan Hari Raya oleh Kelab Kebajikan & Sukan kepada semua pegawai dan kakitangan. Majlis berakhir pada jam 11.30 tengahari.

Manakala, Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada jam 7.30 malam di dewan yang sama. Program yang turut dihadiri oleh ahli keluarga pegawai dan kakitangan jabatan ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara semua warga kerja jabatan ini.

Sumber : Nik Fatisrabina Bt Nik Ismail
Tarikh Kemaskini: 15/07/2016 (8.22 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]