Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


09/06/2016 :Majlis Penyerahan Masjid SAIDINA ALI BIN ABI TALIB, BUKIT SEKILAU



Kuantan - 09 Jun 2016, Khamis telah berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau dengan kehadiran pegawai dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang dan JKR Daerah Kuantan, Pejabat Agama Islam (PAID) Daerah Kuantan, Pengerusi Masjid serta Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib dan juga penglibatan penduduk setempat. Kehadiran YB. Dato’ Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad DIMP., AMP., AMN., Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri turut menyerikan majlis ini.

Kerja-kerja menaiktaraf masjid ini bermula pada 10 Mac 2015 dan telah siap sepenuhnya pada 09 Jun 2016 dengan siling peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, sesi penyerahan replika kunci telah diadakan sebagai simbolik penyerahan daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Dato Ir. Haji Abdul Jalil Bin Haji Mohamed, DSAP., DIMP kepada Pengarah PPPN Pahang, YH. Dato Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, DSAP., DIMP.,AAP.,AMN dan YB. Dato’ Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad DIMP., AMP., AMN untuk diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib. Semoga kewujudan masjid ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.


Sumber : Amira Atikah Bt Badruddin
Tarikh Kemaskini: 15/06/2016 (8.31 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]