Latarbelakang green backgorund  yellow backgorund  blue backgorund  pink backgorund  Default Font Default  Warna Font Merah  Biru  Hijau Font Style Arial Tahoma San Serif    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


02/06/2016 :Majlis Penyerahan Masjid DAERAH TEMERLOH



Temerloh - Pada 02 Jun 2016, Khamis telah berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Daerah Temerloh dengan kehadiran pegawai dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Temerloh, Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh (PAID) juga penduduk setempat. Kehadiran YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri merangkap ADUN Kawasan Lanchang dan YH. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Pegawai Daerah Temerloh turut menyerikan majlis ini.

Pembinaan masjid ini bermula pada 11 Ogos 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 27 Mei 2016 dengan siling peruntukan sebanyak RM 20,000,000.00.

Majlis telah disempurnakan dengan sesi penyerahan gambar masjid sebagai simbolik penyerahan daripada YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin kepada Cik Suriati bt Razali, Penolong Pengarah PPPN Pahang, YH. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Pegawai Daerah Temerloh, Ir. Haji Othman Bin Nordin,Timbalan Pengarah Kerja Raya Pahang, wakil dari Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh dan pihak kontraktor. Semoga kewujudan masjid baru ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung bagi melaksanakan program keagamaan dan solat berjemaah.


Sumber : Norshafira Azila Binti Dzulkfli
Tarikh Kemaskini: 9/06/2016 (10.10 pagi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]