Default  Merah  Biru  Hijau    |    Kecilkan Saiz Huruf   Besarkan Saiz Huruf    |   Sokongan Suara W3C W3C Bantuan petalaman
     Lupa Katalaluan
logo_head
W3C Panels
E-Mail

 


06/01/2016 : AMANAT TAHUN BARU OLEH PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI



Kuantan, 6 Januari: Satu majlis perjumpaan antara Pegawai Kemajuan Negeri bersama semua pegawai dan kakitangan jabatan ini telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Kuantan sempena kedatangan tahun 2016.

Pada majlis berkenaan, YH Dato' Mohamad Roslan bin Harun, Pegawai Kemajuan Negeri menyeru semua warga PPPN Pahang supaya melipatgandakan usaha dan berganding bahu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan terus dimantapkan dari segi kepantasan khidmat, kecekapan dan integriti. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat cemerlang yang telah ditunjukkan pada tahun lepas. Disamping itu, semua warga kerja diingatkan supaya sentiasa fokus dalam tugasan yang diamanahkan, be a good team player, bekerja mengikut prosedur dan berubah kepada yang lebih baik mengikut kehendak pelanggan.

YH Dato' Pegawai Kemajuan Negeri turut mengingatkan agar tahun baru dijadikan check point untuk membina azam baru dan meneruskan azam lama yang belum tercapai sepenuhnya. Apa yang penting adalah untuk memastikan azam tersebut dapat dicapai dan mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik.

Sumber : Nik Fatisrabina Bt Nik Ismail
Tarikh Kemaskini: 10/01/2016 (1.30 petang)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PPPN Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian disebabkan penggunaan maklumat dalam laman ini.
[Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 [IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari/Opera]